Monday, May 10, 2010

Anugerah tuhan yang paling bernilai..!

1st day kt poli sbnanye aku da mule minat kt A,
tp aku diam je je... relax dlu..
tp bub aku ni lmbat sngat clsmate aku da usha dlu.. huahuahua..
then, mse camp polibriged kt asahan ttbe je aku rase cm minat sngt kt B,
mse 2 ad night walk, aku kt blakang die, da mmg law night walk 2 kne pgang tngan mmbe an, so aku pown tpakse r pgang die... dri tngan tros ke hati.. hehehe.. mmg aku rapat gak r nga die, smpi hsmate ruma ckp aku cple ke ngan die.. an an.. tp sbnanye die da ad bf... tape la aku anggap die bestfren, mmg kteorg krap msg and call.. tp ble die da pkai celcom aku da kurang cntct r.. ta taw r slh aku ke..?? tp skunk da okea r relation 2..
now, aku da mule minat kt C.. di okea tp manje ckit.. an an.. nta la.. no comment..

Saturday, April 24, 2010

Kadang-kadang, orang yang paling kita sayanglah yang paling susah untuk disayangi...

Kadang-kadang, kita rasa ramai orang sayang kita. Mungkin betul ramai yang sayang. Kadang-kadang kita kurang menghargai kasih sayang yang dicurahkan sehingga kita tergamak menyakiti hati orang yang sayang pada kita. Kadang-kadang, bila sudah disakiti, orang itu akan pergi dari kita. Bila orang itu sudah pergi, barula kita mula rasa kesan kasih sayang dalam hati kita. Terkadang, kita akan pergi mencari orang yang sudah pergi itu dan berharap dia akan sayang kita seperti dulu.

Friday, January 29, 2010

jika semuanya terjadi..

jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.

jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.

jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Thursday, January 28, 2010

hari2 baru!

Memang sibuk kebelakangan ni,banyak assignment,report,homework dan kerja ukur nak dibuat,maklumlah permulaan semester 2(senior baru) hahaha. Pendek kata,packed gak schedule...nak tido lena pun susah. Hemohemo,sampai suatu hari tu,aku pulang dari Poli,terus kuak lentang n tido bagai d malam hari...x ingat dunia...letih gler. Memang totaly aku rase laen sngt ngan sem ni... hurmmmm...

Sekarang,aku nak kongsi ckit aktiviti2 makmal kejuruteraan sbjek bru sem ni...
Pg td aku stat blajar sbjek ni n 1st aktiviti kat bengkel kayu wat bumbung la... hahahhaah, blom wat pape lg 1 group da kne push up bub sebok2 tngok org wat amali ukur... Tp x pe la bagi aku 2 sesi warm kowt... Aku x pndi sngat wat keje2 ni, so aku wat la ap yg snang je.. 1st day keje nmpk mcm ssh je, tp aku akn try untuk wat sume 2!

Aku akan diajar untuk membuat ikatan sisi bata, menyusun bata,dan melepakannya dgn campuran mortar. Hehehe,mortar tu terdiri drpd pasir dan kapur. Hope lectute akan ajar 2 okea...

Ni lak,kerja konkrit. Ni untuk menguji tahap kebolehkerjaan konkrit or dalam bi nya,concrete workability test.. msti besh kn t bley main2 simen..mcm gaul kuih lak..huhuhuhu, wat kuih pon ta pna.

Haa..yg ni lak kerja paip. Dnga2 keje ni lecey ckit potong paip besi ni,bermuscle jgak la bila pusing2 benda ni. Lecture die pown nmpak mcm bnyak ckp n garang... haishhhh

takdir, jodoh n nasib!

huhu.. ntah ape2 jer...

ap pown ta bley........

life is go on.....

ape yg dh ditetapkn utk diriku..........aku terima ....insyaallah.......

Friday, January 22, 2010

cbe try test!

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam
asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului
dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak
pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia
yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan
orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan
dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat
belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda
ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda.
Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em….bagus! Anda suka
bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and
perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar
diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda
juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam
muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang
keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda
boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda
juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda
adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama
dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah
keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat
pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan
dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja
keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua
daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan,
kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang
itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta
di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia
ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan
orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang
rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah
tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda
kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan
menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada
anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun
anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara
hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan.
Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan
kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan
minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang
yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan.
Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda
mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2,
9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai
dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati
(tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa
yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda
mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan
mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan
mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang
realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang
pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu
panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk
keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali
sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah
dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang
bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami
anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.. Anda juga
mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan
anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa
anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang
disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah
membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan,
keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang
sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima
cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda
selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah
semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain
percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Wednesday, January 6, 2010

sekolahku permainanku

1996
dmulakan dengan tempat aku mengenali erti persekolahan,
aku dihantar ke tadika gertak merah dengan memakai baju petak2 biru putih n short pants biru..
aku masih ingat lagi aku menangis dhari pertama persekolahan ku, hahaha..
ayah sanggup menunggu aku sehingga tamat hari pertama persekolahanku...

1998
pada sesi kali ini ayah ditemani oleh ibu untuk menghantar aku kesekolah..
aku lupe la nme cls 2, errr
tp yg pnting aku pki bju sukan wane kuning kat sk temenggong abdul rahman 1 (star 1),
mse ni aku da x nangis lagi r, malu la nak nangis dpn kwn2..
aku siap bole soh parent blek ruma, khairulshafiq da besakn!
kat skola ni aku diajar utk bermain gymnastik oleh cikgu syed,
cikgu syed ajar pjk n cikgu disiplin..
nmpak je garang tp baek orangnye!
aku skola kt cni smpi exam UPSR,
cyg lbey kt cikgu bm n math bub dieowank slalu focus kt aku..
aku masih mencari afiq najib teman sepermainan. mne die?

2004
aku meninggalkan zaman primary n msok ke zaman secondary!
aku mendartar di smk bandar baru uda dan ditempatkan kat 1 cerdas 1, cls 1st area2 cerdas.
biase la aku bru lg kat skola ni, aku kecik lg mse 2, so x bnyak sngat hal,,
skola ni top jgak.. dlm cls aku ad geng 6-jahanam, nta la npe nme cm 2..
aku pling ske mse fom 3 bub mse ni dieowank plan pki kasot sme!
jack purcell wane cream senyum mera, gempak siot class aku..
aku bla skola ni pas dpt result PMR, aku grak skola laen!

2008
tcsjb atau lbey famous teknik perdagangan! dari cos sains tulen ke pengajian kejuruteraan mekanikal..
aku x minat sains tulen bub ad bio, so aku tros je trime tawaran masok ke teknik!
kt teknik aku da knal rmai mmbe dri smkbbu, so snang ckit r pergerakan aku..
4/5 pkm 1, 2 la cls aku, aku stat ad mmbe futsal mse kt cni la..
kt cni bnyak jgak kenangan pahitmanis.. futsal, vocation, swiming n mcm2 lg r...........
cikgu yg aku cyg pn. kartini, cikgu yang aku salute cikgu zuwauri bud dia ajar aku ad. math n math smpi aku pandai..
alhamdulillah result SPM aku okea!